Friday, December 16, 2011

RM 250k nak Invest ke ASB dan Gold Saving - Adakah Berbaloi?

Pandangan saya :

Pelaburan emas = beli emas fizikal seperti bar / syiling seperti dinar kemudian simpan sama ada simpan di rumah / peti safe deposit yg ditawarkan oleh bank tempatan atau syarikat persendirian (insuran disertakan sekali)
Pelaburan emas, tiada jaminan pulangan tetap kerana harga pasaran emas sentiasa bergerak setiap saat. fluctuate serta volatile.
Purata kenaikkan harga emas adalah sekitar 25% setahun. boleh rujuk : www.kitco.com

Untuk pengetahuan anda, Tiada jaminan keuntungan didalam pelaburan emas. Back to investment theory. high risk = high return. Anda boleh guna skill dolar cost averaging, yg mana sekiranya ketika harga emas turun, maka anda boleh membuat pembelian sedikit bagi memuratakan kos anda. Prinsip ini biasanya digunakn oleh para pelabur.

Sila berhati2 dengan sebarang skim pelaburan konon2nye melibatkan emas

Suggestion utk melabur didalam emas adalah sekitar 10%-15% sahaja daripada simpanan.

Investment diversification boleh mengurangkan riskiko kerugian keatas pelaburan. "Don't put all egg into 1 basket"

Anda juga boleh melabur dlm ASB dgn menggunakan skill loan (maybank ASB term loan) bermodalkan sekitar RM14k (payment utk setahun sahaja) dan return sekitar RM 40k selepas 5tahun (anggaran). - sila kaji dan teliti dahulu.

Beli rumah melalui lelongan atau direct sale (pastikan beli below market) kemudian jualkan semula jika ingin mendapatkan keuntungan segera atau boleh disewakan bagi menjana Cashflow

usahakan Pertanian & penternakan - Back to basic maslow theory, apa sahaja yg melibatkn perkara asas dan diperlukan oleh Human insya allah permintaan xkan surut.

wallahualam..
"nak beli emas Fizikal utk pelaburan boleh call saya : 012 - 541 4096"

Virgin Gold Mining Corporation salah satu syarikat di dalam Alert List SC




Berikut adalah sebagian isi kandungan emel yang dihantar oleh Securities Commission Malaysia (SC)  mengenai penipuan Virgin Gold Mining ini :
Tuan,
Sila ambil maklum bahawa syarikat Virgin Gold Mining Corporation tidak diiktiraf dan tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan, termasuk memberi nasihat pelaburan atau/dan perkhidmatan pengurusan dana atau yang berkaitan dengan pasaran sekuriti atau pasaran niaga hadapan di Malaysia.
Pihak tuan adalah dinasihatkan supaya jangan melibatkan diri dalam mana-mana urus niaga syarikat tersebut. Pihak kami juga menggalakkan tuan memberikan kami maklumat lanjut berkaitan syarikat ini.
Para pelabur diingatkan supaya sentiasa mengambil tanggungjawab atas keputusan-keputusan pelaburan sendiri dan memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum melabur. Ini termasuk mengesahkan sama ada syarikat atau individu terbabit dilesenkan oleh pengawal selia yang sewajarnya bagi aktiviti yang dijalankan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti di Malaysia, tuan hendaklah mengesahkan status pelesenan atau kelulusan daripada pihak SC.
Pihak tuan juga boleh melawati laman web kami di www.sc.com.my untuk Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (Virgin Gold Mining Corporation salah satu syarikat  di dalam Alert List SC) maklumat lanjut mengenai Pengantara Berlesen kami dan maklumat lain berkaitan kawal selia pihak SC.
Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di talian 03-62048999.
Yang benar,
Sekian, terima kasih.
Suhani Selamat
Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
sumber : http://wikilekz.blogspot.com/2011/02/scam-virgin-gold-mining-corporation.html

Maklumat dibawah dipetik daripada blog saudara Mohd Hasfarizan (Geng 916)
 : http://geng916.com/2011/04/email-dari-bank-negara-malaysia/


Encik Mohd Hasfarizan,
Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 12 April 2011.
Kami ingin memaklumkan bahawa urus niaga emas atau perak bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan itu, Bank tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau lesen kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti urus niaga emas atau perak.  
Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank Dan Institusi Kewangan (ABIK) 1989.   
Kami telah menjalankan beberapa penyiasatan ke atas syarikat yang disyaki terlibat dalam menjalankan pengambilan deposit wang tanpa lesen yang berlandaskan produk urus niaga emas seperti seperti Genneva Sdn Bhd, Bestino Group Sdn Bhd dan Gold Label Sdn Bhd yang berkemungkinan menyalahi Seksyen 25(1), ABIK.  
Untuk pengetahuan tuan, kami juga sentiasa memantau  aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan tidak teragak-agak untuk menjalankan penyiasatan sekiranya sesebuah syarikat itu disyaki terlibat dalam pengambilan deposit tanpa lesen dengan berselindung di sebalik urus niaga emas untuk mengaburi aktiviti syarikat tersebut.  
Orang ramai adalah dingatkan agar lebih berhati-hati dan meneliti risiko-risiko terbabit dalam pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.  
Setiap pelabur diingatkan supaya memeriksa latar belakang sesebuah syarikat dengah pihak berkuasa dalam memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang. Sebagai panduan, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan kepastian aktiviti -aktiviti perniagaan yang didaftarkan. Pelabur-pelabur juga mungkin mahu mendapatkan maklumat kewangan syarikat termasuklah keupayaan  syarikat memberi pulangan atas pelaburan yang dibuat. Maklumat-maklumat kewangan dan latarbelakang syarikat boleh diperolehi melalui dokumen-dokumen berikut:  
  1. Laporan Tahunan Beraudit
  2. Memorandum dan Artikel Pertubuhan
  3. Borang 49 – Senarai pengarah syarikat 
 
Sebagai pelabur emas, tuan adalah juga dinasihatkan untuk memastikan isu-isu penting seperti:  
  1. Sumber emas itu tersebut
  2. Badan yang mengeluarkan sijil ketulenan emas tersebut
  3. Memastikan keaslian sijil tersebut dengan menghubungi pihak yang mengeluarkan sijil tersebut
  4. Mengesahkan ketulenan emas daripada kedai emas
  5. Mempersoalkan harga emas dijual pada harga premium
  6. Sebarang pulangan yang dijanjikan kepada pelabur
  7. Kaedah syarikat mendapatkan keuntungan daripada urus niaga emas tersebut  

Pelabur mungkin mahu menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya pelabur meragui akan ketulenan atau kualiti emas yang dibeli.
Kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan.   Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

 Ketahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my    Terima kasih.  
Suriyati Hussin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel:
bnmtelelink@bnm.gov.my
————————————————————————————————————————————————————————————————
DISCLAIMER: Any e-mail messages from Bank Negara Malaysia (Bank) are sent in good faith, but shall not be binding nor construed as constituting any obligation on the part of the Bank. CONFIDENTIALITY NOTICE: This e-mail contains confidential information, which is intended only for the use of the recipient(s) named above. If you have received this communication in error, please notify the sender immediately via e-mail and return the entire message. Thank you for your assistance.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...