Sunday, October 10, 2010

Catatan Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold

Seminar emas
Hari : Sabtu
Masa : 8.30pm
Lokasi : Mentari Business Park
Premis : Pejabat Public Gold, Sunway
No. 42a, Jln Pjs 8/6, Petaling Jaya,



Salam 1 Malaysia,
Pada hari sabtu yang lalu saya telah hadir ke 1 seminar berkenaan peluang pelaburan dan perniagaan emas oleh En. Syukor Hashim di Pejabat Public Gold, Sunway.
Sesungguhnya ini merupakan langkah pertama ke arah manambahkan 1 lagi portfolio pelaburan saya. Ingat prinsip melabur "Jangan letak kesemua telur dalam 1 bakul".

Seminar ini mendapat sambutan begitu menggalakkan sehinggakan seminar ini terpaksa diadakan 2 sesi iaitu sesi pertama bermula jam 9pm dan sesi kedua bermula jam 10pm.
Mungkin kerana ilmu yang disampaikan sangat berguna dan yang paling best seminar ini free of charge.

Alhamdulillah seperti dijangka banyak input baru berkenaan EMAS yang saya terima yang mana ianya telah menggegarkan jiwa nurani ini dan membuka minda saya ke suatu dimensi baru cabang pelaburan.

Setelah membuat sedikit kajian sendiri melalui pembacaan dan sumber internet ditambahkan lagi taklimat yang diberikan oleh En. Syukor Hashim ini, jiwa saya mula tidak keruan kerana saya begitu teruja untuk memulakan pelaburan emas.
Apa yang lebih menyeronokkan lagi, melalui promosi yang dijalankan oleh Public Gold sendiri sehingga hujung bulan Oktober 2010 ini peluang untuk menjadi Dealer adalah serendah RM 20,000!!! sahaja. Kesimpulannya disamping melabur sendiri, saya juga berpeluang untuk menjadi salah seorang peniaga emas!!

Insya Allah jika tiada aral dan semua proses berjalan lancar seperti dirancang, saya akan memulakan perniagaan emas pada bulan Nov 2010.

sedikit info : "10 KELEBIHAN MENGAPA ANDA PERLU MELABUR DIDALAM JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD"


1. PUBLIC GOLD merupakan pengeluar GOLD BAR pertama yang mendapat pengiktirafan pertama assayer (mencipta rekod "the Malaysian Book of Record")
2. Rupa paras fizikal emas yang berwarna kuning keemasan yang tidak boleh dipertikaikan dan design yang menarik dari PUBLIC GOLD.
3. Kos pelaburan jongkong emas yang paling murah di Malaysia.
4. Perbezaan harga (spread) belian dan jualan yang rendah.
5. Pemilik / Pelabur memilik emas fizikal yang mana ianya boleh dicagarkan pada bila2 masa.
6. Boleh ditempah secara on-line 24 jam
7. Jaminan beli balik mengikut harga pasaran semasa walaupun sarungnya dibuka, calar, bengkok asalkan berat tidak berkurangan.
8. Ready stok
9. Mempunyai sijil ketulenan emas yang sah.
10. Mudah dijual beli melalui rangkaian cawangan serta pengedar di seluruh Malaysia.

Rujukan blog :
www.jutawanemas.com
www.publicgold.com.my
www.pokli.com

best regards,
Khairulnawawi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...