Monday, April 11, 2011

KOSMO – Awang Hitam Jual Emas Palsu

NOTA : AWANG HITAM yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Warga Afrika

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


ABDUL JALIL (kiri) menunjukkan serbuk emas palsu yang dibeli oleh seorang peniaga pada sidang akhbar di Ampang semalam.




AMPANG – Seorang peniaga kini hidup dalam keadaan tertekan apabila bukan sahaja ditipu sebanyak RM80,000 oleh satu sindiket warga Afrika yang menjual serbuk emas tiruan malah, turut diburu rakan kongsi yang menuduhnya menipu. 
 

Kejadian berlaku 29 Julai lalu di kawasan tempat letak kereta Waterfront, Ampang di sini apabila peniaga berusia 41 tahun dari Mantin, Negeri Sembilan membayar harga tersebut kepada dua lelaki Afrika terbabit untuk membeli serbuk emas yang disangka tulen.

Difahamkan, mangsa telah terpengaruh apabila ditawarkan oleh sindiket untuk menjual satu kilogram emas tulen berharga RM80,000 yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM125,000 sebulan sebelum itu.

Pada pertemuan pada 29 Jun di lokasi yang sama, suspek telah menguji ketulenan sampel serbuk emas tersebut di hadapan mangsa bagi meyakinkan peniaga itu.
Ketika itu, suspek dipercayai membawa serbuk emas tulen.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa hanya menyedari telah diperdaya selepas melihat serbuk yang diberi sebaik tiba di rumahnya.

“Mangsa terkejut apabila mendapati serbuk tersebut rapuh berbeza ketika ditunjukkan. Dia kemudian baru teringat mengapa suspek terus melarikan diri dan membuang bungkusan yang mengandungi serbuk itu sebaik mendapat wang ketika bertemu di Ampang Waterfront,” katanya pada sidang akhbar.

Sunday, April 10, 2011

Gold Investment4u: Forecast for 11th April

Gold Investment4u: Forecast for 11th April:
"Spot pd minggu ini trend pasaran Head n Shoulder , mid term bullish...current pivot 1442.00

UPTREND - 1475 - 1480 break off 1485-1495 highest 1505
DOWNTREND - 1470 -1465 Break off 1460-1455 lowest 1443"

KEMUNGKINAN BERLAKU MARKET CORRECTION.. SO HARGA EMAS DAN SILVER MUNGKIN MENURUN SEDIKIT SEBELUM TERUS MEMECUT..

JANGKAAN 1500 USD/OZ UTK GOLD DAN 50 USD/OZ SILVER AKN DICAPAI PADA BILA2 MASA SHJ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...