Wednesday, March 9, 2011

Jana Pendapatan Sampingan RM1,000 sebulan ok x?

Bissmillah..

Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah, segala puji2an hanya bagi Allah tuhan yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani, Maha memberi rezeki dan Segalanya. Tidak ada yang mampu menandingi kekuasaannya.

Bersyukur kita keatas nikmat yg diberikan oleh-nya. Moga senantiasa dibawah lindungan yg Maha esa.


Hari ini aku nk berkongsi sedikit tips menjana pendapatan sampingan. Pernahkah anda mengalami keadaan dimana apabila tiba masa anda mendapat gaji, pastu anda terpaksa menjelaskan segala perbelanjaan dan hutang yg menimbun dan akhirnya hanya tinggal ciput2 dan cukup2 makan ajer?
Klw ada bermakna anda telah mengalami simptom2 jangkitan wabak "financial problem". Jangan bersedih atau menyalahkan nasib. Cuba cari peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Set target baper yg anda mahukan.. Contohnya anda set untuk mendapatkan RM1000 sebulan? apa yg anda boleh lakukan?
Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah untuk menjana pendapatan pasif ni.. sebagai contoh daripada sewaan hartanah, royalti penulisan / lagu, perniagaan kecil2lan seperti membekalkan sambal d restoran atau menjual dadih atau membekalkan minuman pra-campur digerai2, mesin rumput dan pembersihan dan banyak lagi..



Tapi, bagi aku sebagai pengedar sah Goldb bar / Dinar / Barang kemas Public Fine Gold International Sdn. Bhd. aku lebih mencadangkan anda menjadi Dealer publicgold sebabnya banyak kelebihan jika anda menjual emas nij... anda xperlu nk bersusah sgt nk menerangkan emas ni. Cuba fikirkan, sape yg xkenal emas dlm dunia ni? Semua org taw emas adalah logam yg bernilai dan harganya sentiasa meningkat. Cuma sebagai peniaga kita perlu mencari idea dan jalan terbaik bagi memasarkan produk kite... usaha dan tawakal.


Bagaimana mahu menjana RM 1000/bln?
Sebagai contoh bagi "normal dealer" atau Pengedar biasa anda akn menerima komisen 1% bagi setiap order yg dibuat d publicgold. So untuk menjana RM1000 sebualan maka anda perlu membuat jualan RM 100,000 sebulan.. apa RM 100k Sebulan? giler ker?
heheh2.. be positif bro. Perniagaan emas nih senang2 ajee klw nk jual RM100k sebulan. sebab sekali jual Gold bar 20gram : rm 3k++.
Itu belum lagi buy back yg mana boleh memberi pulangan sekitar 6%.
Cuba anda bayangkan klw ada org nk jual semula goldbar 20gram pada anda?
OK kite amik contoh harga pada 10/03/2011 8.30am
Anda akn beli pada harga "we buy" = RM 3006.00
Anda akn jual semula pada harga "we sell" = RM 3198.00
untung = RM 192.
So klw nk menjana pendapatan sampingan RM1000?? anda fikirkan lah sendiri..

Jangan tunggu lagi hubungi aku segera.. Sama2 kite menjana pendapatan sampingan dengan menjual emas..

Tuesday, March 8, 2011

Info Tentang Dinar

Mungkin ada diantara kita yg masih belum mengetahui sejarah berkenaan Dinar dan Dirham.. So hari ini aku berkongsi sedikit info yang menarik ini..

Perkataan "Dinar" bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia "Denarius". Sementara itu, Dirham diambil dari wang perak "Drahms", yang digunakan orang-orang Sassan di Persia. Drahms telah diambil dari nama wang perak "Drachma" yang digunakan oleh orang-orang Yunani. Dinar sebagai mata wang Islam telah mulai digunakan sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya khalifah terakhir di masa Dinasti Uthmaniyah.

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646AD-705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham.


Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam

    *      Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1Dinar masih bersamaan seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah.

    *      Justeru nilai Dinar tidak berubah, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa. (Shabri, M., 2006)

    *      Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur'an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba, gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)

    *      Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)

Hadits berkaitan suruhan menyimpan dinar & dirham:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Rujukan:
M. Shabri Abd. Majid, (2006) Analisis Terhadap Usaha Mendaulatkan Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam. Jurnal Syariah, 14 (2). pp. 49-71. ISSN 0128 - 6730.

credit to : www.auraaurum.com

Dinar emas, dirham Negeri Perak Telah dilancarkan

Artikel ini dipetik daripada arkib Utusan Malaysia : 27/02/2011

"Dinar emas, dirham Perak dilancar esok

IPOH 26 Feb. - Perak akan melancarkan dinar emas serta dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pada Isnin ini.
Projek hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu akan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan GoldNet, pembuatan dinar dan dirham berkualiti tinggi itu melibatkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
"Dinar dan dirham Perak direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
"Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak," kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu juga, GoldNet telah melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.
Menurutnya lagi, Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut."

Sedikit Gambar buat kenang-kenangan, Terima kasih kerajaan Negeri Perak dan syabas diatas pengeluaran Dinar dan Dirham Negeri Perak!!!









Sama - sama kita mula menyimpan emas dari sekarang. Mulakan daripada 1dinar kemudian tambah sket2.. heheh2.. wallahualam..

Sumber : Utusan Malaysia

KADAR INFLASI DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN

Written by SITI RIZADIANA RAHMAT   
Monday, 14 February 2011 10:11 

Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

 

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.
Inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang. Kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti. Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.

Baru-baru ini Bank Dunia mengingatkan Indonesia mengenai kadar inflasinya yang tinggi supaya kerajaan melakukan sesuatu sebelum ia memberi kesan negatif ke atas ekonomi apabila kadar faedah dan pengangguran meningkat. Agensi berita Antara dalam laporan terkininya berkata terdapat ramalan bahawa kadar inflasi republik berkenaan boleh mencapai tujuh peratus pada akhir tahun ini. Indonesia yang mendakwa kadar inflasinya masih pada tahap yang boleh ditangani, walau bagaimanapun meminta Bank Dunia menyokong polisi fiskal yang dilaksanakannya.


Reuters pula melaporkan syarikat-syarikat di China dan India, yang selama ini menikmati ekonomi yang kukuh, turut bimbang menghadapi risiko inflasi. Inflasi dan peningkatan gelembung aset syarikat-syarikat utama menjadi kebimbangan gergasi ekonomi Asia dan ekonomi yang ketiga dunia, kata pakar yang ditemui pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini. Pengerusi syarikat pembuat tayar India, Apollo Tyres, Onkar Kanwar berkata, harga minyak dan getah asli melonjak seumpama emas sekarang.


Lagi artikel penuh sila layari : konsumerkini.net

Sunday, March 6, 2011

AGENT PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL (PG) DIPERLUKAN DISELURUH NEGARA

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

Public Gold merupakan pengeluar pertama goldbar dan dinar di Malaysia telah menawarkan peluang perniagaan kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan iaitu minima RM 20k. Peluang yg sangat menarik ini seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja ini kerana setiap peniaga emas akan menerima komisen disamping keuntungan jual beli sebanyak 6% (lebih kurang). Bagi mereka yg tercari 2 peluang utk menambahkan pendapatan sampingan maka peluang ini tidak harus dilepaskan. 

Pada 4 November 2008, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka bagi menjual produk mereka iaitu emas tulen.
Namun modal yang diperlukan adalah tinggi, sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan emas ini, walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Apa yg anda dpt apabila membayar RM20k?
Senang sahaja anda pilih stok emas dengan gabungan mana produk public gold :
1. emas 999 24karat : 20g or 50g or 100g or 250g 
2. Emas 916 22karat : 1dinar or 5 dinar or 10 dinar
3. Silver : 250g or 500g or 1kg
4. Barang kemas..
Kemudian call or sms saya dan isi borang pendaftaran Pengedar Biasa.
Selepas pengesahan telah dibuat oleh PG.. Maka anda sudah boleh memulakan perniagaan emas anda..



Mulakan langkah anda segera. Perancangan tanpa tindakan adalah sia-sia.
Selamat berniaga dan menjana pendapatan sampingan.
"I Luv to work because I Choose to Not Because I have to"







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...