Disebabkan ramai yang bertanya berkenaan zakat emas, maka aku mengambil inisiatif untuk berkongsi berkenaan zakat emas..
Pengertian Zakat :
DARI SEGI BAHASA
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"
Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. | ||||
Membersihkan diri pembayar zakat. | ||||
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. | ||||
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada. | ||||
Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik. | ||||
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia. | ||||
Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka. | ||||
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. | ||||
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT. | ||||
Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat. |
Penceramah jemputan : Ustaz Hj. Abdul Halim Din (Eksekutif dakwah Lembaga Zakat Selangor)
antara isi yg sempat aku catatkan adalah seperti berikut :
Syarat zakat
1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna milik - hakmilik sendiri / drpd upah / simpanan
4. Cukup nisab : Merujuk kepada nilai berat
5. Cukup haul : tempoh pegangan /pemilikan harta iaitu setahun
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM166/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,600
= RM415
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.- Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
- Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
- Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
- Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
- Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
- Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
- Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
- Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
Pengiraan zakat perak.
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50
-Klw zakat yg ditinggalkan perlulah membayar qada' (klw igt tempoh masa yg terlupa)
Zakat saham : klw wangnya / nilai diakhir tahun melebihi rm 9k - perlu byr zakat 2.5%
Sewa rumah : perlu membayar zakat, jumlah wang pendapatan sewa bersih setahun selepas ditolak - ansuran bulanan bank + kos2 lain setahun = > rm9k perlu byr zakat.
untuk lain zakat sila lawati : http://web.e-zakat.com.my/baru/
Bayaran zakat boleh dijelaskan melalui : atm machine, potongan gaji, kad kredit, internet banking, kiosk, etc..
Untuk Mengira jumlah zakat yg perlu dibayar : Sila Klik
Selamat menunaikan zakat semoga dimurahkan lagi rezeki kalian..
Maklumat lanjut sila hubungi Pusat Zakat berdekatan anda..
Sekian,
khairulnawawi
sumber : http://web.e-zakat.com.my/baru
Jutawanemas.com
Laporan Kajian Penetapan Uruf Negeri Pahang 2008
Jutawanemas.com
Laporan Kajian Penetapan Uruf Negeri Pahang 2008
sharing is caring..
ReplyDelete