Friday, January 21, 2011

Penawar Duka Lara Kejatuhan Harga Emas Dunia..

Salam 1 Malaysia
Hari ni aku nk berkongsi satu penawar yg mungkin boleh mengubati duka lara anda ketika menghadapi saat kejatuhan harga emas dunia ketika ini..
Penawar ni aku petik daripada 1 forum : http://www.bicarajutawan.com/forum/t33445-17/

"harga emas turun seperti biasa bila tiba perayaan... tiada pakar yg dengan tepat dapat meramal kenaikan dan penurunan harga emas. Terlalu banyak faktor mempengaruhi nilai emas. spekulasi kukuh matawang USD.. benarkah? atau propaganda America mengukuhkan mata wangnya sebagai pembuka 2011?.

Dikala ini kita seringkali rasa kecewa dan mula menyalahkan sesiapa yg paling tepat untuk disalahkan dan semestinya yg salah itu bukan diri kita..

kita kerapkali akan rasa, "inilah orang tu. asik cerita macam best jerr... tengok sekarang, harga turun tak naik-naik.." orang tu cerita macam best mungkin ada 2 sebab, satu - sebab dia tahu apa yg bernilai pada emas apabila kita menyimpannya, bukan dari untungnya tetapi dari segi aset/harta ditangan. dua - dia mahu keuntungan, tapi dalam masa yg sama dia tak jangka kamu mengharapkan penjelasan sepanjang kenaikkan emas, kenapa dan mengapa?. Seperti mengajar kamu berjalan dan bagaimana rasa langkah pertama, jatuh bangun.. kamu cuba lagi.. sabar.. itu lumrah.

tapi cuba bayangkan kalau sekarang harga emas tengah best .. mesti kamu rasa bagus betul.. rasa bersyukur kamu dikongsikan ilmu ini.. kalau aku tahu dulu lagi aku letak puluh ribu..

ini semua lumrah.. kita nampak nak untung cepattt selalu. Kadang kala tak ada agent yg kata esok naik, lusa naik.. tulat tubing pun naik.. cuma kita baca terlalu banyak, kita tangguh2 beli bila masa sesuai.. pastu bila ghairah tengok harga dah start naik, kita pun dah rasa terlewat, kita pulun habis sebab yg kita nampak waktu harga tengah naik.. dalam kepala terbayang "untung banyak nih!"...

satu - nak untung banyak.. boleh, kena bijak berniaga emas (tak perlu pembeli pun tak per.. cuma antara kita dan PG sahaja, ada caranya.. tapi saya malas nak cerita.. nanti tak faham, kata saya nak tipu pula), fikiran kena agresif, kreatif dan focus selalu.

dua - bukan nak untung sangat walaupun tahu emas itu menguntungkan tapi nak cuba kumpul harta dari muda.. kalau dah tua macam saya, baru nak mula.. rasa sudah ketinggalan. Alhamdulillah kamu masih muda.. masih sempat celik mengumpul harta.. jadi jgn difikirkan sangat untung cepat ni kalau kita tak kreatif, agresif dan tak boleh focus..

menyimpan emas ni dalam tidak sedar kita bukan sahaja berilmu dalam mengenali pelaburan kita.. tetapi secara tidak langsung, akan timbbul minat untuk tahu selok belok pasaran emas terbuka.. ekonomi dunia.. USD mengukuh, Hutang negara (euro), peperangan.. bukankah kita jadi lebih peka dan lebbih celik dalam hal yg berlaku disekeliling kita yang dulunya kita ambil mudah.

secara tidak langsung kita tergolong dalam kategori anak muda yg punya knowledge, punya pengalaman pelaburan terendah .. emas kalau focus.. kita akan nampak jalan untuk explore banyak pelaburan diluar sana seperti pasaran hartanah.. dan sebagainya.. percayalah.

pegang emas dulu.. jgn dirunsingkan sangat tentang harganya.. nilai emas ada terselit diantara semua yg berlaku.. yg saya sebut diatas. Jadi manusia yg berilmu, emas ada jalannya..

ni lah saya katakan, baca terlalu banyak tanpa mendapat faedah yg betul yg dapat dimanfaatkan.. kepala cuma fikir untung sahaja...

kaji, selidik, belajar, ambil manfaat yg tersembunyi.. kita lebih maju setapak kehadapan.

kalau tak fahami dgn betul.. minda kita akan senantiasa terarah kepada salah siapa?.. bukan apa yg boleh dilakukan sebaiknya.

Emas dibeli.. disimpan sebagai sandaran harta dikemudian hari.. kekayaan yg ada pada kita untuk masa hadapan.. bukan keuntungannya, itu adalah satu bonus sahaja. jadi kenapa nak ralat bila baru sebulan dua emas turun harga..

cuba lihat kedai emas masih tetap dengan RM166/gram sampai sekarang, kita sebenarnya tidak rugi apa-apa pun... sebab paling tinggi yg kita beli sebulan lepas adalah RM3235.00

Sedar tak RM3235 sebenarnya jatuh RM161.75, malah masih lebih murah dari kedai emas.. biasalah kita main harga pasaran emas terbuka.. kita terus dapat access lihat harga emas dunia yg naik turun.. kelebihan tu yg buat kita jadi tak menentu.. sampai kita lupa, emas ditangan kita masih jauh lebih murah dari harga yg ditetapkan oleh FGJAM.. AGro bank baru sahaja naikkan nilai marhum, kalau tak silap saya RM166.10. Nampak tak, kenapa perlu kita risau.. ini baru permulaan 2011.

Marilah kita jadi manusia yg tidak gelojoh.. tidak mengharap bulan jatuh sejepuk keriba.. sekadar menyimpan harta.. jadi kita tidak akan berharap apa-apa, janji tak rugi.. itulah namanya harta..." - admin pondokburok.com

So, apa yang penting kite kena byk bersabar.
Ingat setiap pelaburan pasti ada risikonya tersendiri kecil atau besar. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi keuntungan nya..
Pelaburan juga perlu dianggap sebagai perniagaan dimana perlu ada matlamat dan objektif yang jelas
juga entry dan exit time.

SALAM UKHWAH

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...